Read more
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan
Kimia Organik
Kimia organik adalah kajian sains mengenai struktur, ciri-ciri, komposisi, tindak balas, dan sintesis sebatian organik. Pengajian kimia organik kini lebih mementingkan mekanisme tindak balas berbanding dengan siri homolog sebatian organik itu.
Kimia Tak Organik
Kimia tak organik merujuk kepada pengkajian sintesis dan struktur sebatian tak organik dan organometalik. Bidang ini meliputi semua sebatian kimia kecuali sebatian organik (sebatian berasaskan karbon, mengandungi ikatan C-H) yang merujuk kepada kajian kimia organik. Aplikasi kimia tak organik meliputi pelbagai aspek industri kimia termasuk pemangkinan, sains bahan, pigmen, surfaktan, lapisan, perubatan, bahan api, dan pertanian.
Kimia Fizikal
Kimia fizikal merupakan salah satu cabang dalam ilmu kimia. Kimia fizikal ialah pengkhususan dalam bidang penemuan yang cuba menerangkan dan menggambarkan rupa bentuk dan sifat sesuatu bahan kimia secara teori. Ia menggabungkan bidang kimia, fizik, termodinamik dan mekanik kuantum.
Kimia Analisis
Kimia analisis merupakan salah satu cabang dalam ilmu kimia. Bidang ini merupakan satu bidang yang berkaitan dengan komposisi sesuatu bahan. Misalnya, pengujian mengenai keracunan dalam makanan dan minuman memerlukan pengalaman kimia analisis.
Kimia Atmosfera
Kimia atmosfera penting untuk memahami interaksi antara atmosfera dan organisma hidup. Selain itu, kegiatan manusia telah mengubah komposisi atmosfera dan mengancam kesihatan manusia dan keseimbangan ekosistem. Kimia atmosfera mengaji punca-punca perubahan ini dan berusaha menanganinya.
Kimia Alam Sekitar
Kimia alam sekitar juga mengkaji ciri-ciri alam sekitar yang belum tercemar, kandungan bahan kimia semula jadi dan kesannya, supaya dapat menentukan kesan kegiatan manusia terhadap alam dengan tepat. Antara konsep utama dalam kimia alam sekitar ialah pencemaran serta penunjuknya seperti keperluan oksigen biokimia dan pH.