Refleksi 1

0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


Minggu : 1
Hari : Sabtu
Tarikh : 23 Februari 2013

Hari ini merupakan sesi kuliah pertama subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kimia (SKP6024) bermula. Moderatornya iaitu Cik Hajah Asmayati Yahaya ( Pensyarah -Jabatan Kimia, Fakulti Sains & Matematik UPSI) memulakannya dengan pengenalan kepada subjek. Pengenalan ini bertujuan untuk menerangkan objektif serta kandungan subjek dalam semester 2 sesi 2012/13. Subjek ini bertujuan untuk memberi pendedahan penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) di samping itu dapat diimplementasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang pendidik yang cemerlang. Sejujurnra, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang meneroka kecanggihan teknologi yang terkini. 

Pembelajaran Hari Ini :

1. Google Drive 
Salah satu perisian google untuk menyimpan dokumen serta fail dalam talian tanpa bayaran. Ianya berfungsi untuk memuat naik sebarang bentuk tugasan dan boleh dihubungkan secara talian, ini akan menjimatkan masa serta ruang sesuatu komputer peribadi. Maka, segala tugasan akan dimuat naik ke dalam Google Drive masing-masing. Selain itu, saya telah tunjukkan cara-cara membuat Online Survey menggunakan Google Drive. Sangat menarik dan menguntungkan kerana segala tugasan dapat disimpan dengan selamat di sini dan boleh diakses walau di mana kita berada.




2. Forum Atas Talian 
Pelajar-pelajar SKP6024 boleh berkongsi pendapat serta pandangan ilmiah di Forum (MyGuru2), Hajah Asmayati telah meminta kami membentuk kumpulan , terdiri daripada 4 orang pelajar untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyediakan isu untuk dibincangkan di dalam forum. Menurut Hajah Asmayati, penglibatan di dalam forum turut akan diberikan markah dan masuk dalam assignment kami. Jadi, pelajar perlu mengambil bahagian secara aktif dalam forum tersebut. Tarikh untuk forum diaktifkan dan ditamatkan telah dinyatakan.Di ruangan forum, segala pendapat akan dikongsikan dan dibincangkan bersama antara sahabat-sahabat di samping dapat meningkatkan kemahiran bertulis secara berhemah. Pelbagai topik telah dikemukakan oleh setiap kumpulan. 

Kekuatan :

Sangat menarik. Banyak maklumat baru dapat diperolehi. Kami dapat saling berkongsi ilmu di samping saling memberi tunjuk ajar.

Kelemahan :
Jika’ handout’ disediakan adalah lebih mudah untuk kami.

Penambahbaikan :
Menyediakan nota setiap kali PdP (Muat masuk dalam MyGuru atau FB)



Post a Comment