Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Minggu : 4
Hari : Sabtu
Tarikh : 16 Mac 2013
Membina blog II(sambungan): 'Drop down menu'
![]() |
Link |
Minggu ini merupakan sambungan kepada pembelajaran minggu lepas iaitu membina blog dengan cara memasukkan 'Drop down menu' di dalam blok. Drop down menu ini sangat diperlukan jika terdapat banyak submenu yang hendak dimasukkan ke dalam blok. Jadi, ‘drop down menu’ sangat bersesuaian digunakan supaya dapat mengkategorikan dan menyusun secara sistematik mengikut kategori-kategori yang diperlukan oleh pengguna blok.
Untuk memasukkan ‘drop down menu’ ke dalam blog adalah satu perkara baru dalam mempelajari membina blog. Walaupun agak mencabar, ia adalah sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Di sini, ia melibatkan penggunaan ‘coding HTML’ dan juga CSS. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu membina ‘coding’ tersebut kerana ia boleh diperoleh dengan mudah di banyak laman web yang telah tersedia. Contohnya, dengan menyalin ‘coding’ ke dalam Edit Html di bawah CSS kod berikut ]]></b:skin> di bahagian template. Di dalam drop down menu CSS generator, blogger boleh menentukan warna, jenis tulisan, tema dan sebagainya.
Kelebihan :
‘Drop down menu’ dapat menyediakan satu interface yang mudah kepada pengguna yang ingin mengakses sesuatu blog. Bahan tersusun dengan sistematik mengikut kategori menghasilkan blog yang cantik dan menarik dan senang untuk digunakan oleh pengguna. Selain itu, ia memudahkan blogger untuk menyusun item mereka mengikut kategori.
Kelemahan :
‘Drop down menu’ sukar untuk difahami bagi merka yang baru menjadi blogger. Di mana untuk memahami bahasa ‘coding’ sangat memerlukan kemahiran yang tinggi dan memerlukan latihan dan pendedahan yang banyak. Sedikit kesalahan dalam ‘coding’ tidak dapat menghasilkan ‘drop down menu’ yang diharapkan.
Penambahbaikan :
Memerlukan masa yang panjang untuk memantapkan lagi kefahaman terhadap bahasa ‘coding’ dalam ‘drop down menu’.
Post a Comment