Refleksi 10

0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu : 10
Hari : Sabtu
Tarikh : 28 April 2013

Pembalajaran hari ini :
Minggu ini adalah slot pembentangan terakhir dari kumpulan 9. Saya telah mempelajari pelbagai fungsi dalam Microsoft Excel dengan lebih mendalam. 


Microsoft Excel




Program ini adalah salah satu aplikasi daripada Microsoft Office dan merupakan aplikasi yang agak popular di kalangan guru kerana ia banyak digunakan untuk menganalisis data, membina graf, carta dan juga membina soalan. Microsoft Excel merupakan spreadsheet yang dapat menyimpan pelbagai data yang dimasukkan. Setiap lembaran kerja (worksheet) terdapat cell yang terdiri daripada baris(row) dan lajur (column) yang digunakan untuk memasukkan data. Microsoft Excel juga mengandungi features seperti pengiraan, alat grafik, jadual pivot dan bahasa macro programming. Sebagai setiausaha peperiksaan di sekolah Microsoft Excel adalah sangat popular bagi saya. Segala data peperiksaan di analisa dengan menggunakan Microsoft Excel.

Ahli-ahli Kumpulan 9, telah menyediakan satu lembaran data markah kuiz bagi pelajar. Jadi, pembelajaran hari ini tertumpu kepada cara menganalisa markah kuiz pelajar (Headcount) mengikut gred standard. Pelbagai arahan matematik digunakan seperti Lookup, Countif dan sebagainya. Pembentangan hari ini memberi peluang kepada guru untuk mengorganisasi sendiri data markah pelajar-pelajar mereka di sekolah nanti. 

Kesimpulannya, perisian ini berfungsi dalam menganalisis serta merekod data dalam bentuk graf serta memudahkan pengguna dalam mengemaskini data yang diperoleh. P&P hari ini memperjelaskan penggunaan formula dalam menjana rekod markah yang berkualiti serta senang untuk dikemaskini.



Kelebihan:
Amat sesuai digunakan untuk menganalisis data seperti rekod pencapaian pelajar dalam ujian dan peperiksaan. Pelbagai teknik analisis boleh dipelajari dan memudahkan pengguna.Pelbagai bentuk paparan boleh dihasilkan seperti graf, carta bar dan sebagainya.

Kelemahan:
Merupakan bukan software terbuka kerana hadir dalam pakej Microsoft Office. Memerlukan kemahiran formula dalam menganalisis data. Masa yang diperuntukkan bagi sesi kuliah tidak mencukupi kerana pelbagai kegunaan tidak dapat ditunjukkan.

Penambahbaikan:
Perlu masa yang lebih panjang untuk mengadakan kelas lanjutan kerana Excel amat berguna dalam menganalisis data.






Post a Comment