Refleksi 6

0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Minggu : 6
Hari : Sabtu
Tarikh : 30 Mac 2013

Pembelajaran hari ini,

Minggu ini, 2 kumpulan (Kumpulan 3 dan 4) yang telah membuat pembentangan. Saya telah berpeluang meneroka dua lagi software baru iaitu Publisher dan Chemsketch. 

1. Microsoft Publisher


Microsoft Publisher
Software yang pertama kami belajar ialah Microsoft Publisher. Publisher merupakan perisian yang tersedia dalam Microsoft. Sebenarnya, saya biasa menggunakan software ini dalam menghasilkan buku program di sekolah. Walau bagaimanapun, hari ini saya telah berpeluang belajar dengan lebih lanjut lagi kegunaannya. Microsoft Publisher adalah satu aplikasi publishing software yang mampu menghasilkan greeting cards, certificates, newsletters, flyers dan sebagainya. Software ini mengandungi banyak fail pre-installed templates dan pengguna juga boleh memuat turun template baru secara percuma di servis atas talian Microsoft.


Kebaikan :
Ia merupakan software yang mudah dan senang dikendalikan kerana template telah tersedia. Ianya boleh menghasilkan pelbagai kegunaan seperti banner, calendar, greeting card, certificates, newsletter, flyer dan sebagainya.

Kelemahan :
Microsoft Publisher merupakan bukan sumber terbuka, ia hadir dalam pakej Microsoft Office. Jadi, ia boleh menjadi kesukaran kepada mereka yang tidak diinstall  dengan software tersebut.

Penambahbaikan :
Setiap perlu memastikan komputer masing-masing telah mengandungi software Publisher sebelum hadir ke kelas. Ini kerana proses memuat turun software tersebut mengambil masa yang lama.

2. ACD/ChemSketch Freeware

Link Chemsketch

Pada minggu ini juga saya berpeluang mempelajari satu software yang banyak memberi manfaat kepada guru Kimia iaitu ACD/ChemSketch Freeware. Saya pernah menggunakannya semasa menjalankan penulisan tesis di peringkat ijazah sarjana muda di UTM dulu. Walaubagaimana Chemsketch hari ini telah banyak dipertingkatkan aplikasinya. Chemsketch boleh diperolehi secara percuma di internet. ChemSketch merupakan pakej melukis yang membolehkan struktur kimia dapat dilukis termasuk struktur organik, polimer dan sebagainya. Struktur yang dilukis boleh dilihat dalam bentuk 2D dan 3D secara jelas. Banyak aplikasi yang boleh digunakan dalam Chemsketch.

Paparan 3D
Melukis Gambar rajah dan Formula Struktur


Kebaikan :
Ia merupakan software yang mudah dan senang digunakan kerana tersedia dengan ikon-ikon fungsi tersendiri. Ia meruapakan free software dan mudah untuk dimuat turun ke dalam komputer. Amat sesuai kepada guru Kimia kerana boleh melukis formula struktur yang sukar dengan mudah dan juga gambar rajah peralatan kimia. Ia juga dapat menjimatkan masa guru untuk menyediakan nota dan soalan.

Kelemahan :
Software ini diperoleh secara percuma maka banyak fungsi yang lebih advance  tidak dapat dipelajari. Masa untuk sesi perbentangan adalah terhad dan banyak lagi kegunaan Chemsketch tidak dapat diterokai.

Penambahbaikan :
Masa untuk sesi pengajaran perlu dipanjangkan supaya pelbagai aplikasi dapat diterokai.


Post a Comment