Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Minggu : 2
Hari : Sabtu
Tarikh : 02 Februari 2013
Pembelajaran hari ini berkaitan dengan tugasan yang dilakukan bagi
subjek Teknologi dan Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kimia. Cik Hajah Asmayati
menerangkan senarai tugasan yang perlu disediakan oleh kami sepanjang semester
dua sesi 2012/13 ini . Di antara tugasan yang diberikan ialah :
1. Pembinaan e-portfolio(blog)
e-portfolio akan dibina dengan menggunakan laman percuma ‘blogspot’.
e-portfolio akan dibina dengan menggunakan laman percuma ‘blogspot’.
2. Online learning resources (Khan Academy)
Pelajar perlu membina sumber pembelajaran atas talian yang boleh diakses oleh semua orang. Pembelajaran mestilah merangkumi silibus kimia tingkatan empat atau lima yang mempunyai gambar rajah, simulasi komputer atau apa sahaja aktiviti yang menarik minat pembaca.

3. Teaching peers
setiap kumpulan perlu memilih mana-mana perisian percuma untuk dipersembahkan kepada kumpulan-kumpulan lain
setiap kumpulan perlu memilih mana-mana perisian percuma untuk dipersembahkan kepada kumpulan-kumpulan lain
4. Essay
Pelajar perlu menulis karangan secara ilmiah yang bertemakan “The Future of Learning: School in the Cloud”
Pelajar perlu menulis karangan secara ilmiah yang bertemakan “The Future of Learning: School in the Cloud”
5. Forum
Setiap pelajar perlu berforum di web MyGuru mengikut tarikh dan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah
Setiap pelajar perlu berforum di web MyGuru mengikut tarikh dan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah
6. Simulation/Modeling
Pelajar mencari satu topik dalam silibus kimia dan setiap kumpulan perlu mereka bentuk aktiviti berasaskan 3E (Engage, Empower, Enhance)
Pelajar mencari satu topik dalam silibus kimia dan setiap kumpulan perlu mereka bentuk aktiviti berasaskan 3E (Engage, Empower, Enhance)
7. Learning Resources
Setiap kumpulan perlu memilih satu topik dalam silibus kimia dan merekodkan pembelajaran tersebut menggunakan perisian-perisian tertentu yang mudah diakses oleh pelajar lain
Setiap kumpulan perlu memilih satu topik dalam silibus kimia dan merekodkan pembelajaran tersebut menggunakan perisian-perisian tertentu yang mudah diakses oleh pelajar lain
Tugasan untuk subjek ini amat menarik kerana mengaplikasi teknologi
dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam subjek Kimia. Penggunaan
Blog, Powerpoint, Picasa menambahkan lagi keberkesanannya.
Pembelajaran Hari Ini
Khan Academy :
Ia merupakan pengalaman pertama bagi saya membuka dan melihat
hasil dalam web Khan Academy. Sesungguhnya ia membuatkan saya sangat teruja. Pelbagai
maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Ia amat sesuai kepada guru
untuk dijadikan rujukan dalam pengajaran
dan pembelajaran nanti.
Tugasan Teaching Peers :
Tugasan ini mengkehendaki setiap kumpulan yang
terdiri dariapada 4 orang ahli menggunakan perisian percuma dan mengajarkannya
kepada rakan-rakan yang yang lain. Pelbagai perisian percuma yang boleh digunakan
untuk pengajaran seperti CamStudio, Picasa, Chem Sketch, Preezi, Power Point,
Blog dan lain-lain lagi. Kami selaku Kumpulan 2 telah memilih aplikasi Picasa
untuk sesi pembentangan Teaching Peers.
Kekuatan
Pelbagai perisian percuma terdapat dalam internet dan ia dapat membuka
minda dan minat saya untuk mempelajari perisian tersebut. Ada di antaranya
belum pernah saya dengar. Ia sangat sesuai untuk para guru mengaplikasikannya
di dalam bilik darjah. Jadi, dengan mengikuti kelas ini serta tunjuk daripada
pensyarah yang berpengalaman dan juga rakan-rakan mahir memudahkan lagi penerokaan
aplikasi tersebut.
Kelemahan
Gangguan line internet menyukarkan kami meneroka internet dengan lebih lanjut.
Penambahbaikan
Setiap
peserta perlu membawa Laptop dan Broadband sendiri.
Post a Comment