Module 2

2 comments



2 comments

Post a Comment

Module 1

0 comments




Post a Comment

Chapter 14

0 comments
Chemical for Consumer



Post a Comment

SPM 2009

0 comments
Paper 3





Post a Comment

SPM 2008

0 comments
Paper 3





Post a Comment

SPM 2007

1 comments
Paper 3





1 comment

Post a Comment

SPM 2006

0 comments
Paper 3





Post a Comment

SPM 2005

0 comments
Paper 3





Post a Comment

SPM 2004

0 comments
Paper 3




Post a Comment

SPM 2003

0 comments
Paper 3




Post a Comment

Chapter 13

0 comments



Post a Comment

Chapter 12

0 comments



Post a Comment

Chapter 11

0 comments
Carbon Compound



Post a Comment

Chapter 10

0 comments
Rate of Reaction 



Post a Comment

Tugasan 2

0 comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


E-Portfolio : Inspirasi Kimia
                             http://1kimia.blogspot.com/

E-portfolio adalah medium atas talian yang menyediakan sumber-sumber yang berasakan perniagaan, pendidikan serta yang berkaitan dengan kerajaan dan pelbagai lagi. Blog ini adalah e-portfolio yang menghubungkan antara penguna-penguna maya lain. Maka, e-portfolio ini mestilah mengandungi ciri-ciri tersebut. 

Inspirasi Kimia : http://1kimia.blogspot.com/
Kandungan e-portfolio:
  1. Biodata diri (gambar)
  2. Perkembangan kerjaya
  3. Falsafah pendidikan 
  4. Senarai Tugasan
  5. Refleksi Mingguan
  6. Survey atas talian serta maklum balas
  7. Artifak

Garis panduan oleh : 
                              Hjh Asmayati Bte Yahya 
                              Pensyarah 
                              Jabatan Kimia
                              Fakulti Sains Dan Matematik
                              SKP6024:Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan   
                              Pembelajaran Kimia


Post a Comment

Tugasan 3

0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tugasan 3 : Forum Atas Talian MyGuru


Tugasan 3 ini adalah forum di antara ahli-ahli yang mengambil kursus SKP6024: Teknologi dan Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kimia. Setiap minggu tajuk forum akan diaktifkan dan  pendapat serta sumber-sumber berkaitan dengan topik akan diperbincangkan dengan aktif. Setiap kumpulan dikehendaki mengemukakan topik forum bagi minggu berkaitan. Forum atas talian ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar SKP6024 dan hanya boleh dilayari di MyGuru sahaja. Segala perbincangan pendapat dijana di sini dengan perkongsian arkitel serta jurnal yang berkaitan. Forum atas talian ini amat menarik kerana kita boleh mengasah bakat dalam penulisan serta menzahirkan pendapat kita dengan perserta lain. Antara tajuk forum ialah : 
1. Etika dalam penggunaan Internet
2. Media Sosial dalam P&P
3. TMK dalam P&P
4. Implikasi ICT terhadap P&P pelajar
5. Community of practice
6. Amali secara maya
7. Pentaksiran secara online
8. Limitasi penggunaan ICT dalam P&P
9. Penggunaan laman sosial
10. PC Tablet



Post a Comment

Tugasan 6

0 comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tugasan 6: Learning Resources

Diskripsi Tugasan : Tajuk yang dipilih ialah Electrochemistry Form 4. Pembelajaran mengandungi empat konsep iaitu electrolyte and non-electrolyte, electrolysis in molten, electrolysis in aqueous dan voltaic cell. Bahan pembelajaran dibina menggunakan PowerPoint Presentation dan divideokan dengan Camstudio

Tahniah dan Terima kasih Kepada Semua Ahli Kumpulan 2 yang lain: Fariz, Akhmal dan Taufik yang dedikasi dan proaktif dalam menyiapkan tugasan ini.



Kepada semua selamat menonton dan semoga mendapat manfaat. Terima Kasih.



Sila Klik Untuk Menonton


Post a Comment

Refleksi 10

0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu : 10
Hari : Sabtu
Tarikh : 28 April 2013

Pembalajaran hari ini :
Minggu ini adalah slot pembentangan terakhir dari kumpulan 9. Saya telah mempelajari pelbagai fungsi dalam Microsoft Excel dengan lebih mendalam. 


Microsoft Excel




Program ini adalah salah satu aplikasi daripada Microsoft Office dan merupakan aplikasi yang agak popular di kalangan guru kerana ia banyak digunakan untuk menganalisis data, membina graf, carta dan juga membina soalan. Microsoft Excel merupakan spreadsheet yang dapat menyimpan pelbagai data yang dimasukkan. Setiap lembaran kerja (worksheet) terdapat cell yang terdiri daripada baris(row) dan lajur (column) yang digunakan untuk memasukkan data. Microsoft Excel juga mengandungi features seperti pengiraan, alat grafik, jadual pivot dan bahasa macro programming. Sebagai setiausaha peperiksaan di sekolah Microsoft Excel adalah sangat popular bagi saya. Segala data peperiksaan di analisa dengan menggunakan Microsoft Excel.

Ahli-ahli Kumpulan 9, telah menyediakan satu lembaran data markah kuiz bagi pelajar. Jadi, pembelajaran hari ini tertumpu kepada cara menganalisa markah kuiz pelajar (Headcount) mengikut gred standard. Pelbagai arahan matematik digunakan seperti Lookup, Countif dan sebagainya. Pembentangan hari ini memberi peluang kepada guru untuk mengorganisasi sendiri data markah pelajar-pelajar mereka di sekolah nanti. 

Kesimpulannya, perisian ini berfungsi dalam menganalisis serta merekod data dalam bentuk graf serta memudahkan pengguna dalam mengemaskini data yang diperoleh. P&P hari ini memperjelaskan penggunaan formula dalam menjana rekod markah yang berkualiti serta senang untuk dikemaskini.



Kelebihan:
Amat sesuai digunakan untuk menganalisis data seperti rekod pencapaian pelajar dalam ujian dan peperiksaan. Pelbagai teknik analisis boleh dipelajari dan memudahkan pengguna.Pelbagai bentuk paparan boleh dihasilkan seperti graf, carta bar dan sebagainya.

Kelemahan:
Merupakan bukan software terbuka kerana hadir dalam pakej Microsoft Office. Memerlukan kemahiran formula dalam menganalisis data. Masa yang diperuntukkan bagi sesi kuliah tidak mencukupi kerana pelbagai kegunaan tidak dapat ditunjukkan.

Penambahbaikan:
Perlu masa yang lebih panjang untuk mengadakan kelas lanjutan kerana Excel amat berguna dalam menganalisis data.






Post a Comment

Refleksi 9

0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Minggu : 9
Tarikh : 21 April 2013



CUTI UMUM HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK KE-85










Post a Comment

Refleksi 8

0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu : 8
Hari : Sabtu
Tarikh : 14 April 2013

Pembelajaran hari ini :


Pembentangan minggu ini oleh kumpulan 7 & 8. Software yang diperkenalkan ialah Prezi & Power Point. Saya berasa sangat teruja dengan software Prezi kerana telah lama saya ingin belajar mengenainya. Jadi, hari ini saya berpeluang meneroka Prezi dengan berkesan. Di samping itu juga, saya telah dideahkan pelbagai fungsi baru dalam Power Point. Walaupun sudah biasa dengan Power Point, namun hari ini pelbagai perkara baru telah dipelajari. Terima kepada semua atas sumbangan anda.


1. Prezi


Saya pernah dengar mengenai perisian Prezi tetapi tidak pernah menggunakannya. Saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali Prezi dan seterusnya menggunakannya. Perisian yang berasaskan pembentangan lanjutan. Perisian Prezi mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Microsoft PowerPoint. Namun, perisian Prezi lebih mudah dan mesra pengguna. Sangat bersesuaian untuk dipraktikkan dalam P&P. Tetapi untuk mula menggunakan Prezi sangat mudah, anda perlu Sign Up dahulu dengan akaun email anda (Online-based Prezi). Setelah Log in, anda boleh klik pada new Prezi dan pilih template grafik yang ada suka dan anda boleh mula mengubahsuai Prezi anda.


Kebaikan : 
Perisian Prezi sangat menarik, mudah serta mesra pengguna.Hasilnya sangat kreatif dan  untuk dipelajari.

Kelemahan: 
Perisian Prezi hanya boleh digunakan secara percuma di talian sahaja. Perlu membeli lesen untuk kegunaan desktop.

Penambahbaikan :
Perbanyakkan contoh-contoh dan tutorial Prezi.


2. Microsoft Power Point


Perisian ini umum untuk kegunaan semua untuk membuat laporan dan pembentangan. Semua komputer Window mempunyai Microsoft PowerPoint. Dalam PowerPoint, mengandungi  objek teks, grafik, video, suara, dan objek-objek lainnya diletakkankan dalam beberapa halaman individual yang disebut dengan "slide". PowerPoint menawarkan dua jenis pergerakan, iaitu Custom Animations dan Transition. Jenis pergerakan Entrance, Emphasis, dan Exit objek dalam sebuah slide dapat diatur oleh Custom Animation, sementara Transition mengatur pergerakan dari satu slide ke slide lainnya. Semuanya dapat dianimaskan dalam banyak cara. Reka bentuk keseluruhan dari sebuah persembahan dapat diatur dengan menggunakan Master Slide, dan struktur keseluruhan dari persembahan dapat disunting dengan menggunakan Primitive Outliner (Outline).

Pembentangan kali ini hanya untuk kelas lanjutan PowerPoint (Advance PowerPoint) menggunakan Visual Basic coding dan Macro dan mewujudkan fungsi-fungsi tertentu dalam PowerPoint. Di sini terdapat link tutorial dan aktiviti yang disediakan oleh kumpulan 8.


Kebaikan:
Ia sangat popular dan mudah digunakan. Pelbagai aplikasi di dalam PowerPoint dapat dipelajari.

Kelemahan:
Masa pembelajaran yang terhad.

Penambahbaikan :
Melanjutkan masa pembentangan untuk menerokai lebih banyak aplikasi dalam PowerPoint.







Post a Comment

Refleksi 7

0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Minggu : 7
Hari : Sabtu
Tarikh : 07 April 2013

Pembelajaran hari ini,

Minggu ini, 2 kumpulan (Kumpulan 5 dan 6) yang telah membuat pembentangan. Saya telah berpeluang meneroka dua lagi software iaitu Movie Maker dan Microsoft OneNote.


1. Movie Maker


Tutorial Movie Maker

Sebuah perisian yang mudah dan senang digunakan.  Dengan kehadiran interface yang bersama dengan editor video ia dapat membantu kita mengkombinasikan gambar, video dan muzik/lagu dan memberi kesan-kesan yang menarik bagi membentuk satu video yang menarik kepada pengguna untuk mengedit video serta lagu/muzik. Perisian ini  dibentang oleh kumpulan 5 mengenai cara mengedit video dalam proses pembelajaran & pengajaran. Movie Maker ini boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran yang berguna kepada pelajar kerana ianya menarik dan mudah digunakan. Ia merupakan salah satu koleksi program Microsoft yang akan di muat turun bersama dengan Window.


Kebaikan :
Senang dan mudah untuk dipratikkan. Menyediakan banyak animasi, kesan visual dan juga slaid transition. Video yang telah siap boleh dimuat turun terus ke dalam YouTube, Blog, dan sebagainya. Movie Maker amat sesuai untuk dipelajari oleh guru untuk menbina bahan P&P.

Kelemahan :
Mengambil masa yang lama untuk rendering. Hanya terhad kepada fail WMV sahaja. Mengambil ruang yang besar untuk satu-satu fail.

Penambahbaikan :
Semoga dapat menunjukkan pelbagai contoh penggunaan dan lain-lain aplikasi yang terdapat movie maker.


2. Microsoft OneNote


Microsoft OneNote
Perisian yang mempunyai fungsi yang hampir sama kepada microsoft word tetapi lebih fokus kepada note untuk kerja-kerja pejabat, rumah serta sekolah. Microsoft Office OneNote merupakan software untuk menyimpan nota dan satu program untuk menguruskan maklumat dengan berkesan. Jadi, perisian ini amat berguna kepada guru dalam membina RPH, nota dan latihan. Semua data serta maklumat boleh ditulis mengunakan perisian ini. OneNote adalah note yang boleh disimpan dalam bentuk seperti diari, justeru itu ia amat mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian.



Kebaikan :
Software yang dapat mengorganisasikan, menyimpan, mengurus pelbagai maklumat dan nota serta latihan dengan berkesan. Pelbagai fungsi boleh diaplikasikan seperti video, bunyi, warna dan sebagainya. Ianya sangat sesuai dijadikan bahan P&P.

Kelemahan :
Software OneNote bukan bahan terbuka kerana ia hadir bersama dengan Microsoft Office. 

Penambahbaikan :
Peserta perlu memastikan bahawa komputer masing-masing telah dimuat turun dengan aplikasi OneNote sebelum hadir ke kelas bagi melicinkan proses pembelajaran.



Post a Comment

Refleksi 6

0 comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Minggu : 6
Hari : Sabtu
Tarikh : 30 Mac 2013

Pembelajaran hari ini,

Minggu ini, 2 kumpulan (Kumpulan 3 dan 4) yang telah membuat pembentangan. Saya telah berpeluang meneroka dua lagi software baru iaitu Publisher dan Chemsketch. 

1. Microsoft Publisher


Microsoft Publisher
Software yang pertama kami belajar ialah Microsoft Publisher. Publisher merupakan perisian yang tersedia dalam Microsoft. Sebenarnya, saya biasa menggunakan software ini dalam menghasilkan buku program di sekolah. Walau bagaimanapun, hari ini saya telah berpeluang belajar dengan lebih lanjut lagi kegunaannya. Microsoft Publisher adalah satu aplikasi publishing software yang mampu menghasilkan greeting cards, certificates, newsletters, flyers dan sebagainya. Software ini mengandungi banyak fail pre-installed templates dan pengguna juga boleh memuat turun template baru secara percuma di servis atas talian Microsoft.


Kebaikan :
Ia merupakan software yang mudah dan senang dikendalikan kerana template telah tersedia. Ianya boleh menghasilkan pelbagai kegunaan seperti banner, calendar, greeting card, certificates, newsletter, flyer dan sebagainya.

Kelemahan :
Microsoft Publisher merupakan bukan sumber terbuka, ia hadir dalam pakej Microsoft Office. Jadi, ia boleh menjadi kesukaran kepada mereka yang tidak diinstall  dengan software tersebut.

Penambahbaikan :
Setiap perlu memastikan komputer masing-masing telah mengandungi software Publisher sebelum hadir ke kelas. Ini kerana proses memuat turun software tersebut mengambil masa yang lama.

2. ACD/ChemSketch Freeware

Link Chemsketch

Pada minggu ini juga saya berpeluang mempelajari satu software yang banyak memberi manfaat kepada guru Kimia iaitu ACD/ChemSketch Freeware. Saya pernah menggunakannya semasa menjalankan penulisan tesis di peringkat ijazah sarjana muda di UTM dulu. Walaubagaimana Chemsketch hari ini telah banyak dipertingkatkan aplikasinya. Chemsketch boleh diperolehi secara percuma di internet. ChemSketch merupakan pakej melukis yang membolehkan struktur kimia dapat dilukis termasuk struktur organik, polimer dan sebagainya. Struktur yang dilukis boleh dilihat dalam bentuk 2D dan 3D secara jelas. Banyak aplikasi yang boleh digunakan dalam Chemsketch.

Paparan 3D
Melukis Gambar rajah dan Formula Struktur


Kebaikan :
Ia merupakan software yang mudah dan senang digunakan kerana tersedia dengan ikon-ikon fungsi tersendiri. Ia meruapakan free software dan mudah untuk dimuat turun ke dalam komputer. Amat sesuai kepada guru Kimia kerana boleh melukis formula struktur yang sukar dengan mudah dan juga gambar rajah peralatan kimia. Ia juga dapat menjimatkan masa guru untuk menyediakan nota dan soalan.

Kelemahan :
Software ini diperoleh secara percuma maka banyak fungsi yang lebih advance  tidak dapat dipelajari. Masa untuk sesi perbentangan adalah terhad dan banyak lagi kegunaan Chemsketch tidak dapat diterokai.

Penambahbaikan :
Masa untuk sesi pengajaran perlu dipanjangkan supaya pelbagai aplikasi dapat diterokai.


Post a Comment

Refleksi 5

0 comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Minggu : 5
Hari : Sabtu
Tarikh : 23 Mac 2013

Pembelajaran hari ini

Perisian Picasa



Perisian Picasa merupakan perisian yang boleh diperoleh secara percuma daripada Google. Tujuan utama Picasa adalah untuk mengedit gambar serta video dengan berkesan. Perisian ini boleh muat turun untuk komputer Apple serta Window. Perisian ini boleh digunakan oleh para pendidik dalam sesi menyediakan sumber-sumber pengajaran. 

Segala maklumat mengenai PICASA boleh didapati dalam sesawang berikut; 
PICASA

Kebaikan :
Sangat menarik dengan reka bentuk interface yang baik dan senang dikendalikan dengan alatan pengubahsuaian yang mudah, ringkas dan berkesan. Dengan kata lain, pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mengedit gambar/foto telah disediakan.Hasil pengubahsuaian boleh di link  terus ke google, blog, Youtube dan lain-lain. 

Kelemahan :
Kelas menghadapi masalah kekengan masa untuk meneroka keseluruhan aplikasi yang mempunyai banyak fungsi lain yang boleh digunakan.

Penambahbaikan :
Saya mencadangkan agar masa untuk slot pembelajaran Picasa selanjutnya dapat dipanjangkan agar dapat pendedahan yang lebih luas terhadap fungsi dalam Picasa.






Post a Comment

Refleksi 4

0 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu : 4
Hari : Sabtu
Tarikh : 16 Mac 2013


Membina blog II(sambungan):  'Drop down menu' 


Link
Minggu ini merupakan sambungan kepada pembelajaran minggu lepas iaitu membina blog dengan cara memasukkan  'Drop down menu' di dalam blok. Drop down menu ini sangat diperlukan  jika terdapat banyak submenu yang hendak dimasukkan ke dalam blok. Jadi, ‘drop down menu’ sangat bersesuaian digunakan supaya dapat mengkategorikan dan menyusun secara sistematik mengikut kategori-kategori yang diperlukan oleh pengguna blok.

Untuk memasukkan ‘drop down menu’ ke dalam blog adalah satu perkara baru dalam mempelajari membina blog. Walaupun agak mencabar, ia adalah sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Di sini, ia melibatkan penggunaan ‘coding HTML’ dan juga CSS. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu membina ‘coding’ tersebut kerana ia boleh diperoleh dengan mudah di banyak laman web yang telah tersedia. Contohnya, dengan menyalin ‘coding’ ke dalam Edit Html di bawah CSS kod berikut ]]></b:skin> di bahagian template. Di dalam  drop down menu CSS generator, blogger boleh menentukan warna, jenis tulisan, tema dan sebagainya.

Kelebihan :
‘Drop down menu’ dapat menyediakan satu interface yang mudah kepada pengguna yang ingin mengakses sesuatu blog. Bahan tersusun dengan sistematik mengikut kategori menghasilkan blog yang cantik dan menarik dan senang untuk digunakan oleh pengguna. Selain itu, ia memudahkan blogger untuk menyusun item mereka mengikut kategori. 

Kelemahan : 
‘Drop down menu’ sukar untuk difahami bagi merka yang baru menjadi blogger. Di mana untuk memahami bahasa ‘coding’ sangat memerlukan kemahiran yang tinggi dan memerlukan latihan dan pendedahan yang banyak. Sedikit kesalahan dalam ‘coding’ tidak dapat menghasilkan ‘drop down menu’ yang diharapkan. 

Penambahbaikan :
Memerlukan masa yang panjang untuk memantapkan lagi kefahaman terhadap bahasa ‘coding’ dalam ‘drop down menu’.




Post a Comment

Refleksi 2

0 comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Minggu : 2

Hari : Sabtu
Tarikh : 02 Februari 2013

Pembelajaran hari ini berkaitan dengan tugasan yang dilakukan bagi subjek Teknologi dan Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kimia. Cik Hajah Asmayati menerangkan senarai tugasan yang perlu disediakan oleh kami sepanjang semester dua sesi 2012/13 ini . Di antara tugasan yang diberikan ialah :

1. Pembinaan e-portfolio(blog) 
e-portfolio akan dibina dengan menggunakan laman percuma ‘blogspot’.
2. Online learning resources (Khan Academy) 
Pelajar perlu membina sumber pembelajaran atas talian yang boleh diakses oleh semua orang. Pembelajaran mestilah merangkumi silibus kimia tingkatan empat atau lima yang mempunyai gambar rajah, simulasi komputer atau apa sahaja aktiviti yang menarik minat pembaca.
3. Teaching peers
setiap kumpulan perlu memilih mana-mana perisian percuma untuk dipersembahkan kepada kumpulan-kumpulan lain
4. Essay 
Pelajar perlu menulis karangan secara ilmiah yang bertemakan “The Future of Learning: School in the Cloud”
5. Forum 
Setiap pelajar perlu berforum di web MyGuru mengikut tarikh dan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah
6. Simulation/Modeling 
Pelajar mencari satu topik dalam silibus kimia dan setiap kumpulan perlu mereka bentuk aktiviti berasaskan 3E (Engage, Empower, Enhance)
7. Learning Resources 
Setiap kumpulan perlu memilih satu topik dalam silibus kimia dan merekodkan pembelajaran tersebut menggunakan perisian-perisian tertentu yang mudah diakses oleh pelajar lain

Tugasan untuk subjek ini amat menarik kerana mengaplikasi teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam subjek Kimia. Penggunaan Blog, Powerpoint, Picasa menambahkan lagi keberkesanannya. 

Pembelajaran Hari Ini


Khan Academy
Ia merupakan pengalaman pertama bagi saya membuka dan melihat hasil dalam web Khan Academy. Sesungguhnya ia membuatkan saya sangat teruja. Pelbagai maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Ia amat sesuai kepada guru untuk dijadikan  rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran nanti.





Tugasan Teaching Peers : 
Tugasan ini mengkehendaki setiap kumpulan yang terdiri dariapada 4 orang ahli menggunakan perisian percuma dan mengajarkannya kepada rakan-rakan yang yang lain. Pelbagai perisian percuma yang boleh digunakan untuk pengajaran seperti CamStudio, Picasa, Chem Sketch, Preezi, Power Point, Blog dan lain-lain lagi. Kami selaku Kumpulan 2 telah memilih aplikasi Picasa untuk sesi pembentangan Teaching Peers.


Kekuatan 
Pelbagai perisian percuma terdapat dalam internet dan ia dapat membuka minda dan minat saya untuk mempelajari perisian tersebut. Ada di antaranya belum pernah saya dengar. Ia sangat sesuai untuk para guru mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Jadi, dengan mengikuti kelas ini serta tunjuk daripada pensyarah yang berpengalaman dan juga rakan-rakan  mahir memudahkan lagi penerokaan aplikasi tersebut.

Kelemahan
Gangguan line internet menyukarkan kami meneroka internet dengan lebih lanjut.

Penambahbaikan
Setiap peserta perlu membawa Laptop dan Broadband sendiri.


Post a Comment

Refleksi 3

0 comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu 3
9hb Februari 2013
Peer Teaching:  Kumpulan 1
Tajuk : Blog (e-Portfolio)




Lama sudah niat di hati mahu membina blog sendiri. Akhirnya pada hari ini impian tersebut tercapai walaupun dengan penuh kesabaran. Sesi pengajaran & pembelajaran Blog telah disampaikan oleh Kumpulan 1, terima kasih….. Blog adalah salah satu medium dalam teknologi maklumat dalam menyampaikan dan berkongsi sesuatu maklumat atau idea. Dalam sesi ini seorang moderator akan mengajar semua pelajar di samping dibantu 3 orang fasilitator. Saya dapati semua peserta amat teruja untuk menghasilkan blog masing-masing. Blog ini juga digunakan sebagai e-portfolio bagi kursus SKP6024. Pelajar diajar cara membuat blog serta cara untuk menggunakannya. PdP ini berkesan dalam memberi pengetahuan secara bersemuka dan sebarang pertanyaan boleh dijawab secara langsung. Sememangnya kami sangat teruja untuk menghasilkan blog. Pelbagai perkara telah ditunjukkan cara penggunaannya.

Kekuatan :
Sangat menarik. Pelbagai widget tersedia untuk diapalikasikan di dalam blog terutamanya ialah penggunaan Drop Menu . Handout juga telah disediakan untuk Drop Menu.

Kelemahan :
Masa untuk sesi pembelajaran tidak mencukupi. Kekangan masa ini berlaku kerana ramai dikalangan peserta begitu teruja dan mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu perkara baharu. Ini mungkin pembinaan blog ini adalah perkara baru bagi sesetengah peserta.


Penambahbaikan :
Menyediakan nota yang lengkap bagi memudahkan peserta yang lambat faham untuk mengulang kajinya. Jadi, cara menjimatkan kos penyediaan nota ialah dengan memuat turun ke dalam MyGuru dan juga FB. Ini juga dapat memberi peluang kepada peserta untuk bersedia sebelum memulakan pembelajaran.






Post a Comment

Falsafah Pendidikan Guru

0 comments



Saya berazam menjadi guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.


Post a Comment

FPN dan KBSM

0 comments

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH


I           Pendahuluan

            Perlaksanaan sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan kepada cadangan-cadangan yang terkandung dalam Panyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Dari masa ke semasa peranan dan matlamat pendidikan tersebut disesuaikan mengikut keperluan rancangan-rancangan pembangunan lima tahun negara.

Bagi mencapai matlamat perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat untuk keperluan pembangunan negara, perlaksanaan sistem pendidikan ini telah ditumpukan kepada keutamaan-keutamaan tertentu mengikut keadaan semasa. Dalam hubungan ini berbagai-bagai kemajuan telah dicapai selaras dengan keperluan dan perkembangan negara yang sedang membangun.

Mulai tahun-tahun lapan puluhan, sistem pendidikan di Malaysia perlu melihat peranannya dalam konteks yang lebih luas dari segi pembentukan suatu bangsa Malaysia yang lebih maju dan berjaya dalam ertikata yang sebenarnya. Sebagai asas ke arah mencapai matlamat tersebut adalah diperlukan suatu falsafah yang mencerminkan hasrat dan cita-cita pendidikan di Malaysia bagi pembentukan insan yang sempurna serta memenuhi keperluan kecemerlangan pendidikan.

II          Latar Belakang
           
            Sistem pendidikan yang wujud dan diamalkan kini adalah lanjutan daripada sistem pendidikan British. Setelah merdeka sistem ini diperluaskan, berdasarkan Penyata Razak (1956) dan laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegas serat salah sebuah negara yang paling berjaya dalam memberikan pendidiakn kepada semua selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan. Kini kita dapat melihat, merasa dan menikmati sumbangan besar pendidikan ke arah pembangunan dan kemajuan negara.

            Di samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan lagi aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepatkan serta memperkukuhkan cita-cita mewujudkan perpaduan rakyat.

            Dalam laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), matlamat perpaduan ditegaskan semula. Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan negara meliputi:

            “........................................... matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih”.

(Laporan Jawatankuasa Kabinet hal 1.)

            Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki ciri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seseorang warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah;

(a)   Keazaman, kesanggupan dan kesediaan kita hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia;

(b)   Menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina dan bersedia berkhidmat untuk negara.

(c)   Boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara.

Untuk memenuhi serta mencapai hasrat pembentukan seorang warganegara yang baik, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah mengemukakan berbagai syor. Usaha-usaha untuk menyemai semangat perpaduan diperkukuhkan melalui kurikulum yang sama bagi semua. Bahasa kebangsaan dipertingkatan peranan sebagai bahasa komunikasi dalam bahasa ilmu. Untuk menjayakan pembentukan supaya murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan Etika. Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan. Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara.

      Berikutan daripada syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet, Kementerian Pendidikan telah mengkaji semula kurikulum peringkat rendah. Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai dilaksanakan secara terhad atau percubaan di 305 buah sekolah. Pada tahun 1983 semua sekolah rendah di negara ini telah melaksanakan KBSR. Sebagai lanjutan dari KBSR, Kementerian Pendidikan pula akan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi empat program bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) di Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 pada tahun 1988 di seluruh negara. Pada tahun 1989, mata-mata pelajaran lain kecuali mata pelajaran Kemahiran Hidup, akan juga dilaksanakan.

III         Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Masa Akan Datang

            Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga mengalami proses perkembangannya yang pesat dan mencabar. Oleh itu sistem pendidikan negara mahu atau tidak, terpaksa menerima cabaran ini kerana seringkali proses perkembangan sesuatu masyarakat dikaitkan secara langsung dengan sistem pendidikannya.

            Sebenarnya Laporan Jawatankuasa Kabinet telah pun meneliti dan mengkaji seluruh sistem pendidikan peringkat rendah hingga ke peringkat maktab, meliputi juga kurikulum, disiplin, pengurusan dan kemudahan serta perbekalan pelajaran. Berkaitan dengan disiplin, jawatankuasa Kabinet sangat prihatin terhadap kemerosotan disiplin yang berlaku di sekolah-sekolah. Kerajaan pula telah menyatakan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah yang meningkat dengan hebatnya di kalangan remaja dan belia. Malahan dadah dianggap sebagai musuh utama bagi negara ini. Untuk membanteras wabak ini, Kementerian Pendidikan diminta melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah.

            Kebimbangan serta keprihatinan kerajaan dan rakyat mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Sepatutnya, perkembangan serta kemajuan bidang pendidikan, di samping membawa kemajuan ekonomi serta pembangunan negara, akan melahirkan warganegara yang baik, bersepadu, berdisiplin dan terlatih. Malangnya negara telah berjaya menghasilkan ramai rakyat yang celik huruf tetapi beberapa aspek lain perlu diberi penekanan dan penegasan semula supaya mereka juga celik budaya, celik akhlak, amanah dan memahami tujuan hidup serta tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

            Dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja diorientasikan kepada masyarakat tetapi juga dituju ke arah pembinaan tradisi keilmuan, mencari kebenaran, keadilan dan kebersihan dalam masyarakat. Inilah nilai-nilai hidup yang harus dibina menerusi pendidikan andainya kita benar-benar mahu membina manusia. Nyatalah bahawa cabaran dan peranan pendidikan masa akan datang adalah ke arah melahirkan manusia yang yakin dan patuh kepada agama, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pelajar yang telah melalui sistem tersebut seharusnya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pelajar yang telah melalui sistem tersebut seharusnya mampu untuk memahami diri serta menghayati nilai-nilai dan matlamat hidup yang sebenarnya.
           
            Pendidikan yang mampu menghadapi cabaran dan tuntutan ini seharusnya mempunyai paksi atau teras yang kukuh. Satu-satunya paksi yang utuh dan mampu memenuhi keperluan tersebut ialah Ketuhanan. Kepentingan menjadikan unsur Ketuhanan sebagai paksi dalam sistem pendidikan negara adalah perlu kerana pendidikan yang menjauhkan diri daripada unsur Ketuhanan akan memberi implikasi-implikasi yang berikut:

(a)   Unsur-unsur nilai murni, jika tidak dinyatakan secara jelas dan sengaja akan mengakibatkan ilmu pengetahuan yang diajar itu ketandusan nilai. Sebaliknya, jika semua ilmu adalah ‘value-laden’, maka nilai-nilai yang tidak berteraskan Ketuhanan akan memenuhi kekosongan tersebut. Akibatnya ilmu-ilmu tersebut secara langsung atau tidak langsung memperkembang pula nilai-nilai ‘babas dan nisbi’.

(b)   Pendidikan yang sangat menekankan kepada bidang ‘kognitif’, perkembangan akal dan fakulti rasional manusia akan menyebabkan unsur-unsur lain, seperti unsur rohani, menjadi terbiar.

(c)   Matlamat pendidikan hanya akan tertumpu kepada ‘utiliti’ dan faedah kebendaan yang boleh dicapai sahaja. Atau pendidikan yang diberi hanyalah sekadar kerana ilmu untuk ilmu.

(d)   Ilmu yang disampaikan, justeru tidak memiliki teras dan nilai-nilai murni boleh diserapkan dalam diri pelajar, maka ia tidak berjaya untuk menyampai serta membawa kepada kebenaran.

(e)   Para pelajar tidak dapat memperkembangkan watak dan sahsiah yang seimbang serta mencapai kepada matlamat hidup yang sebenarnya.

Memandangkan kepada gejala-gelaja di atas, adalah amat wajar bagi kita untuk melakukan perubahan di dalam sistem pendidikan agar pengubahsuaian serta pemantapan dapat dilakukan demi untuk menyelamatkan agama, ummah dan negara.           

IV         Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan

            Dalam sistem Pendidikan Kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam konteks pembangunan negara, sistem Pendidikan Kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara yang turut menegaskan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan.

Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara tersurat telah lama disedari. Oleh itu langkah untuk menggubalkan Falsafah Pendidikan yang menjadi cermin cita-cita dan idealisma yang hendak diperjuangkan oleh rakyat ini melalui proses pendidikan memang dinantikan. Maka dalam menggubalnya, pertimbangan-pertimbangan yang teliti perlu dilakukan dengan merujuk kepada perkara-perkara berikut:-

(a)   Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1969;

(b)   Akta Pelajaran 1961

(c)   Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979;

(d)   Rukunegara;

(e)   Prinsip-prinsip Pendidikan dan

(f)    Matlamat Pendidikan.



            Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Kebangsaan dinyatakan seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

            Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama.

            Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan iaitu ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini akan sekaligus menjadi warganegara Malaysia yang baik. Insan yang baik memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

            ...         Percaya dan patuh pada Tuhan;

            ...         berilmu pengetahuan;

            ...         berakhlak mulia;

            ...         bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;

            ...         berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; dan

            ...         memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

V          Huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Memperkembangkan Potensi Individu

            Potensi ialah bakat dan kebolehan yang ada pada seseorang individu yang dianugerahkan oleh Tuhan. Bakat-bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang perlu dicungkil, diperkembang dan dipertingkatkan.

Menyeluruh dan Bersepadu

            Kesemua unsur yang ada pada diri manusia dikembangkan secara optima dan pengembangan itu dilakukan tidak secara berasingan tetapi sentiasa dikaitkan di antara satu sama lain.

Insan yang Seimbang

            Manusia yang baik, sempurna serta memiliki ciri-ciri berikut:

            ...         kedamaian jiwa;

            ...         sahsiah yang tidak bercanggah di antara akal, rohani dan jasmani;

...         boleh menseimbangkan unsur-unsur akal, rohani dan emosi, dan jasmani secara serentak selari dan sentiasa terikat kepada kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan.



Unsur Intelek

            Unsur intelek ini mengambil kira aspek-aspek berikut:

            ...         hikmat iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran;

            ...         daya pemikiran yang logik, analitis, kreatif dan inovatif;

            …         ilmu yang bermanfaat.

Unsur Rohani dan Emosi

            Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut:
           
…         keyakinan kepada Tuhan;

…         kepercayaan beragama;

…         kemantapan jiwa;

…         penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat;

...         berbudi pekerti mulia;

...         berbakti dan berkorban.

Unsur Jasmani

            Ciri-ciri unsur jasmani ialah:

            ...         kecergasan fizikal dan kesihatan diri;

...         pemanfaatan anggota dan tenaga fizikal untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan

            Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam.

Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan

            Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan seharusnya memilki sifat cinta dan sentiasa dahagakan ilmu, suka membaca dan mengamalkan konsep pendidikan sepanjang hayat. Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat diri dan orang lain.

Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

            Masyarakat Malaysia yang memiliki tingkahlaku dan budi pekerti baik yang berdisiplin, mengamalkan prinsip-prinsip perpaduan, kesopanan dan kesusilaan yang didorongkan dari dalam diri. Proses pembentukan akhlak ini mestilah berteraskan ilmu, keyakinan dan amalan.





Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

            Masyarakat Malaysia yang beramanah terhadap Tuhan, negara, masyarakat dan diri. Masyarakat ini adalah masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan cekap, berkualiti tanpa pembaziran.

Rakyat Malaysia Yang Memberikan Sumbangan

            Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produkrif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan sumber alam. Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi yang cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.

Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara

            Masyarakat Malaysia yang rela berbakti serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati. Sikap ini membantu ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang maju dan makmur.

            Dalam kata lain, pendidikan yang disampaikan hendaklah dapat membina serta menghidupkan kesedaran tentang Ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya. Pendidikan yang dirancangkan berhasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memenuhi keperluan semasa serta mampu menghadapi cabaran masa depan.


Post a Comment